24.3.11

2. Almari Pakaian kecil (Wardrobe). Yang boleh memuatkan barang sepasang persalinan. Rancak hidup sekarang memerlukan penukaran outfit ala-ala Gaban, Kesatria Baja Hitam dan lain-lain hero. Aku maksudkan dari segi kepantasan, dan bukan kostumnya.

Rencah hidup sekarang juga memerlukan pakaian yang dipakai diseterika, atau sekurang-kurangnya nampak seperti diseterika;). Almari kecil akan memudahkan migrasi dari setempat ke tempat yang lain, tanpa perlu balik ke rumah dan menukar baju. Dan bajumu kekal 'cekang' tanpa kedut-kedut.

Dan sesiapa pun boleh sentiasa berpakaian sesuai segak kemas di mana-mana majlis. Manalah tahu, mungkin ada tayangan tergempar di hotel-hotel mewah.

25.1.11

APA YANG AKU PERLU (SEKARANG) DARI SEBUAH KERETA.

1. Kebolehan untuk mencuci sendiri (ability to self-clean).


Dengan keadaan masa yang kurang mencukupi, ditambah dengan kemalasan yang kadang-kadang (baca:selalu) menjelma, faktor ini memang penting. Terutamanya bila kereta buruk (tapi berjasa) aku itu terpaksa melalui laluan yang banyak mata-mata yang mengukur status dan keelitan. Sudahlah buruk, kotor pula. Itu tutur mata & muka mereka yang aku dengar.

Bayangkan betapa dunia ini kamu yang punya jika dalam kereta kamu ada butang "self-clean". Jika ditekan, kereta yang kotor akan mencuci dirinya sendiri, tanpa perlu berkunjung ke tempat mencuci kereta yang pekerjanya tak reti berbahasa Melayu.

Mustahil?mana mungkin. Sedangkan sensor kamera digital yang terletak di tempat yang sempit itu juga sekarang ada mekanisma mencuci habuknya yang tersendiri. Mungkin kaedah cuciannya tidak seperti wiper blade, atau self vibrating.

Mungkin caranya terletak pada catnya, yang kurang mesra pada kotoran. Atau pada sistem tersendirinya, yang mencuci ketika kereta diparkir.

Tapi sebelum kaedah baru self-clean itu dicipta, petang ini masih perlu ke kedai cuci kereta automatik itu lagi. Ada jari-jari yang nakal sudah meninggalkan nota nasihat di kereta aku.

Pesannya dengan tulisan jari di kereta aku: "Jangan malas basuh kereta".

Gampang.

2. Bersambung.

18.1.11

TIADA TAJUK.

HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAHAHA.


Berlatih ketawa, kerana khuatir apabila lama tidak ketawa, takut-takut akan lupa bagaimana ketawa.

Menyedihkan.

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008