UMNO kalah lagi. Kali ini di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Kemudian selepas dari itu maka ramailah yang cuba memberi pendapat sebab apa BN/UMNO kalah lagi.
Ada yang kata faktor pemilihan calon la, sentimen yang dimainkan pembangkang la, kelemahan Pemuda UMNO Terengganu memainkan peranan sebaiknya sehingga golongan pemuda/pemudi tak lagi minat kepada UMNO la, dll.
Aku rasa ada satu faktor yang semua orang terlupa/tak tahu atau terlepas pandang. Iaitu monopoli BN/UMNO terhadap media massa utama, terutamanya saluran TV. Boleh dikatakan semua saluran TV menyiarkan berita-berita yang menyokong/membodek/apa saja yang baik pasal BN/UMNO, sepanjang kempen bagi pilihanraya kecil tersebut. Mungkin untuk mempengaruhi minda rakyat Malaysia.
Mungkin dalam tak sedar, semua itu telah membangkitkan kemuakan, kemeluatan, dan yang seangkatan dengannya. Kemudian mereka yang meluat itupun mula mencari berita dari sumber alternatif lain seperti MalaysiaKini, HarakahOnline, atau mungkin blog DrM dan lain2 lagi la.
So then, do you think that fella will believe the one that they has been sogok-sogokkan (berita-berita di saluran yang dikawal BN/UMNO) or they will believe the one that they themself are looking/searching for it???
Many of my friends said: Aku dah meluat nak tengok berita di TV selama kempen pilihanraya ni. Sebab yang ditunjuk hanya berita yang angkat BN/UMNO, ataupun berita yang cerita tentang burunya pembangkang. Ingat aku budak kecik ke???
Maybe faktor ini hanya faktor kecil, but I think it plays a role in the BN/UMNO's loss in parliamentary by-election in Kuala Terengganu.
0 BERBICARA:
Post a Comment