Sedang tengok Buletin Utama, 1.3.2009, segmen sukan. Berita pasal pergaduhan/riot di antara penyokong Kelantan dan Selangor.
Jurulatih Kelantan, seorang warga asing yang rambut perang asal, sedang ditemuramah. Of course aku ingat dia nak speaking Mat Salleh. Tiba-tiba dia kata: Pasukan kalah 3-0, dan terus cakap Melayu.
Terpegun, tersentak. kagum etc etc. Bukanlah status anda kalau cakap Melayu dianggap rendah yang nak dibincangkan di sini, tetapi cakap Melayu ketika anda di tempat tinggi (seperti di persidangan antarabangsa etc etc), atau ketika anda di center of attention (e.g. ditemuramah di dalam berita nasional), akan membuatkan anda dihormati kerana menjunjung asal-usul anda. Kerana anda bangga dengannya.
Tetapi kita Melayu Malaysia sekarang kalau cakap Melayu sebab tak reti nak berbahasa Inggeris. Dan yang pandai berbahasa Inggeris, cakap Inggeris di mana-mana saja, sampai tak kira tempat dan waktu. Sampai orang sekeliling naik meluat sebab keangkuhan/kebodohan anda mungkin.
Dan ada yang pandai berbahasa Inggeris, sudah tak mahu bertutur dengan perkataan Melayu, kerana dianggap low class. Ini semua mungkin kesan-kesan kolonisasi.
Tak salah berbahasa Inggeris. Sebab kita nak pandai berbahasa Inggeris. Sebab nanti kita memang terpaksa berbahasa Inggeris. Tak salah speaking dengan kawan-kawan sebab kita nak fasihkan lidah. Yang salah hanya kalau kita pandang lekeh bahasa Melayu kita, ataupun kita malu nak berbahasa Melayu sebab kita anggap ianya lekeh, ataupun malu diketawakan orang sebab kita cakap Melayu. Itu salah.
Belajar Matematik & Sains nak guna bahasa Inggeris kah?
1.3.09
Cakap Melayu Ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 BERBICARA:
Post a Comment