Masa tak best untuk tengok tv tiba lagi. Kerana ianya musim pilihanraya kecil lagi. Kebanyakan saluran dah bertukar (dengan segera) jadi saluran kempen.
"Bertuah" la penduduk di kawasan pilihanraya kecil ni. Tapi tiada perasaan malukah orang yang pakat-pakat ke sana, bagi projek macam-macam, bina tu,bina ni....walhal waktu sebelum ni buat tak tahu saja..
Adakah mereka(yang terhegeh-hegeh bila ada PRK) itu bodoh atau mereka yang memperbodohkan kita?Bodoh sangat kah kita?
Kalau kawasan anda mundur/anda tak puas hati dengan pembangunan/kawasan anda dipinggirkan kerajaan, mungkin anda perlu berdoa agar PRK diadakan di sana. Mungkin dengan kematian ADUN/MP.
So kepada ADUN-ADUN/MP-MP yang malas, yang berat sebelah, sila ambil perhatian bahawa nama anda mungkin ada dalam senarai doa orang kawasan anda.
0 BERBICARA:
Post a Comment