21.6.09

AYAH

Ayah bukan orang kaya. Dia hanya ada sebuah Honda C70 yang agak buruk. Sebab motosikalnya yang agak buruk itu, aku selalu rasa malu bila ayah melawat aku di asrama. Sebab semua kawan-kawan aku, ayah mereka ada kereta, ada motosikal baru.
Tapi ayah tak pernah kata dia tak ada duit bila aku minta. Sampai kadang-kadang aku segan nak minta dari ayah. Sebab aku tahu, kalau ayah tak ada duit bila kau minta, dia akan meminjam dari orang lain. Pernah sekali aku minta $30 dari ayah, sebab aku nak ikut rombongan ke sebuah pulau. Bila aku balik dari asrama nak ambil duit tu, aku nampak ayah baru keluar dari kedai kawannya. Aku tahu ayah baru saja pinjam duit dari kawannya, sebab nak bagi kepada aku.
Ujian Allah kepada kami sekeluarga, ayah tiba-tiba jatuh sakit. Sakit yang doktor tak mampu nak kesan. Puas mengunjung gedung-gedung ubat, masih tak sembuh. Cuba pula perubatan kampung, sakit tak hilang, hanya duit simpanan yang susut. Bomoh yang datang, macam-macam jenis. Ayah menderita sangat. Sampaikan hati aku selalu doa waktu tu, aku mohon Allah tamatkan sengsara ayah. Aku kesian sangat tengok ayah menderita sakit.
Semiskin-miskin ayah, ayah mati tak tinggal hutang. Walaupun ayah hanya ada Honda C70 yang cabuk, anak-anak semua boleh sambung belajar, walaupun selepas ayah dah tiada. Seluruh hayat ayah, ayah dedikasikan untuk anak-anak. Ayah hanya naik motor cabuknya sampai akhir hayat, sedangkan kawan-kawannya semua dah beli EX-5.
Aku tak sempat nak balas jasa ayah, walaupun dengan seringgit. Sebab ayah mati awal. Aku hanya mampu berdoa untuk ayah. Itupun kalau Allah terima.
Ini bukan aku reka.

4 BERBICARA:

ainShahajar said...

jgn cakap mcm tu...doa anak yg ikhlas mendoakan diterima insyaallah..doa seorang anak bagaikan cahaya yang menerangi kuburnya

kamu sedarkan sy..sy akan menghargai ayah..selagi dia ada disisi..

yg_indah said...

tq.most people only appreciated when its gone

Nafastari said...

Saya sedih dan terharu membaca catatan anda. Saya doakan dia tenang di sana. Ayah saya juga cuma naik motosikal, sampai sekarang. Umurnya sudah 65, tapi masih sihat.

yg_indah said...

Nafastari: the suffer we survive made us a better man compared to those who suffer less.It means Allah loves us.Thanks.

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008