Kenapa gadis-gadis pembantu di dalam Breaking The Magician's Code semuanya pakai pakaian yang membuatkan mata audien lelaki jadi juling?
Adakah untuk distract perhatian kita?
Kenapa selepas satu-satu trick, gadis-gadis tu akan mendekati Ahli Silap Mata itu dan menunjukkan muka teruja/terangsang?
Aku rasa Ahli Silap Mata itu telah membuat sesuatu kepada mereka sewaktu kita leka tengok trick magiknya.
Kenapa Ahli Silap Mata itu hanya pakai baju semacam saja tiap minggu? Adakah dia mempunyai banyak helai baju yang macam itu?.
Kenapakah Ahli Silap Mata itu pakai topeng?Adakah dia nak lari dari membayar income tax?
Kenapa selepas setiap aksi didedahkan aku akan rasa kecewa/frust?
Sebabnya aku berasa kecewa kerana begitu senang ditipu dengan trick mereka. Aku ingatkan mereka memang ada "bela" jin sebelum ini. Ciss.
Kali ini aku benar-benar merapu.
2 BERBICARA:
hahaha..seksi memang boleh mngalih perhatian..
tp itu bukan muka terangsang la kek..
tu muka nak gelak..sbb trick hampeh tu berjaya perbodohkan org terutamanya hang hahaha
baju tu mmg byk trick
pakai topeng sbb taknak kene bunuh ngan magician lain
sbb dia dah bongkar rahsia magician lain
takleh cari mkn tu org lain pasni
hang kecewa sbb sedar hang diperbodohkan..hahaha
aku rasa dia pakai topeng sbb nak naikkan rating.makin org tertanya2 siapa dia makin org tengok rancangan tu
Post a Comment