Tatkala seorang yang pertama mengemukakan isi hatinya, meluahkan apa yang terbuku, atau sekadar meluahkan ketidak-tahuan di dalam kepala.
Dan mereka sekonyong-konyongnya bergerombolan mengiakan kata si pertama tadi. Ditambah dengan bentakan-bentakan yang juga sedia ada di dalam jiwa mereka.
Mereka mengemukakan nas-nas mereka, yang mereka tunjangi dengan kerasionalan mereka, dan dipaksikan dengan keemosionalan. Mereka kira mereka benar, kerana dalil mereka sudah seakan hakiki, tak mungkin disangkal lagi.
Mereka mahu hanya kacamata mereka digunakan untuk melihat, tinta mereka digunakan untuk menulis, dan suara mereka untuk berbicara.
Mereka sudah tidak peduli lagi, kalau aku katakan aku punya kacamata yang tiada retak, tinta yang kekal dakwatnya dan suara yang agung.
Kerana mereka sangka mereka sentiasa benar, kerana mereka ada rasional.
Mereka mahu hanya kacamata mereka digunakan untuk melihat, tinta mereka digunakan untuk menulis, dan suara mereka untuk berbicara.
Mereka sudah tidak peduli lagi, kalau aku katakan aku punya kacamata yang tiada retak, tinta yang kekal dakwatnya dan suara yang agung.
Kerana mereka sangka mereka sentiasa benar, kerana mereka ada rasional.
Mereka itu aku kira kurang faham, atau salah faham. Atau sememangnya tidak dapat difahamkan lagi.
9 BERBICARA:
ni cerita pasai gheja hang la ni. customer yang berlagak pandai itu ini, tapi bodo sebenarnya. bila orang nak explain, ego. kah kah kah. mana2 pun ada orang2 macam tu.
Wah, bagus sekali! Sangat mendalam maksudnya dan diperincikan dengan sangat teliti. Keep it up, Yg_indah.
salah...please associate this to the recent flogging issue.
Saya sangat geram membaca tulisan ini: http://www.malaysiakini.com/news/111330
Saya rasa dia naif dan tidak faham tentang syariah. Dia tidak merujuk kepada sumber-sumber, dan hanya mengunakana akalnya yang terhad semata-mata.
ya aku pun hairan dengannya.tapi jadi kurang hairan sangat bila lihat pertubuhan yang dikaitkan dengannya.Aku pun tak pasti apakah spesis mereka itu?putih atau hitamkah?
nafastari:
jenis2 orang yang buat2 pandai dalam semua hal ni bukan perkara luar biasa. skang pun dah banyak orang pandai dalam bidang politik & perlembagaan. apatah lagi la dalam bidang agama, semua org mengaku pandai. tak payah sakit hati kalo membaca artikel, senyum saja.
aku sebenarnya bimbang,kalau DIA tanya aku nanti.mungkin aku jawab yg aku sudah tulis dlm blog aku.(lepas ke?:))juga merasa kasihan,kerana mereka perlu diperbetulkan.
yg_indah
kalo Dia tanya hang jawab la, "apabila saya melihat kemungkaran, saya mengubahnya dengan hati".
buat pa nak kesian. mereka sendiri yang ego tak mau ditegur. biar luncai terjun dengan labu2nya.
Post a Comment