Bermula dengan ghairah, segalanya dengan pantas dan ketepatan yang jitu. Semangat membuak-buak,semuanya harus dihabisi hari ini juga.
Makhluk yang mengacau pasti dihamun garang, walaupun cuma di dalam hati. Kalau Menteri Besar yang datang melawat pun, akan diminta menunggu.
Satu demi satu fail yang berselerakan dibuka rakus. Setiap baris dibaca teliti, sedang otak kalut memproses maklumat yang tak berada di depan mata. Selak dan selak.
Laptop buatan Jepun dihadap penuh tumpuan. Sedang jemari menekan punat ABC bersilang ganti.
Ketik...ketik...ketik tik tik tik tik tik.
Tiba-tiba semua terhenti. Minda yang tadinya memproses beribu perkara, kini hanya tertumpu pada satu, baru tersedar: Bos tiada di kantor selama 2minggu.
Lantas cursor yang terpapar di skrin LCD ditunjukkan ke segmen "minimize". Klik.
Desktop terpampang luas. Ditunjukkan pula ke Internet Explorer. Klik.
Ditunjukkan pula ke segmen Favorites, kemudian Blogger Dashboard. Klik. Kemudian klik lagi.
Klik. Klik.........
Mungkin, 2minggu ini, syaitan itu akan bersorak keriangan.
14 BERBICARA:
Mmg pakar hg ked...
Pakar mengula bak kata sbs... Hehehe...
-artakuz-
artakuz:mana ada,aku rajin apa.rajin surf tenet.
tahniah kerana keraian ini....
syaitan itu?
erk.. kamu ke..
ish..
+sorry.. tak bape paham bahasa tinggi2.. hehe
paradoks:hahahahha
ain: syaitan yang berjaya menghasut kemalasan untuk bertapak.heheh
blogging sakan la :)
wahyudi:tak sakan juga.idea sudah "lari".:)
a'uzubillahi minassyaitanirrajim..
kekadang kite byk menyalahkan syaitan atas perangai buruk kita..padahal kekadang nafsu kita sedia ada yang tidak kite kekang..
SBS:hahaha sudah lumrah kita sbgai manusia.Cuma melangsungkan apa yg lumrah.Sopi dah ada blog!
Bglah link blog sopi, blh kita serang... Hehehe... -Artakuz-
artakuz
akulah yang hang nak serang tu. aku masih lagi berdendam padamu. kawin tak ajak. macam ni la kawan.
Kelisa:mungkin dia lupa,sebab kalut nak kawin.
KS,
Bkn aku lupa, malahan bbrapa percubaan teleh dilakukan secara serahan kediri ke PTGHL tapi ttp tak berjaya... Nab buat scr ss ms dah suntuk... Maafkanlah aku wahai KS, tapi tak per, nnt bila anak aku kawin, aku jmpt ko... Hehehehe...
-Artakuz-
nanti aku nak cari shout box/kotak chat kat tepi blog tu la. senang sikit kita nak menyembang.
Post a Comment