27.9.09

ADA APA? BUKAN METAFORA.

Dia sudah nekad. Apa nak jadi, jadilah. Paling teruk, dia akan dimalukan di khalayak ramai ini. Tapi menimbangkan Si Bunga sudah berkata-kata dengan bahasa badan yang dikiranya positif, dia tak rasa dia akan dimalukan Si Bunga.

Lagipun Si Bunga sudah senyum padanya tadi, sambil pintal-pintal rambut. Malam semalam anak jirannya memuji mukanya hensem. Kata orang budak kecil tak tahu menipu.

Dia merapati meja di mana Si Bunga yang sedang minum sendirian. Mukanya ditebalkan lebih tebal dari tepung goreng cempedak di Kuala Lumpur (tepungnya tebal hampir 2inci, isinya tebal suku inci, patut la nampak besar penumbuk budak).

Kerusi yang kosong ditarik dan dia terus duduk bertentangan dengan Si Bunga.
Celaka!
Ayat-ayat pemula bicara pelemah wanita yang dikarangnya tadi entah ke mana terbang menghilang.

Keadaan jadi hening. Dia rasa seketika itu amat lama. Si Bunga hanya tersenyum memandangnya tapi dia tak mampu nak tafsirkan erti senyuman itu. Tiba-tiba dia teringat kata cikgu tadika: Kalau nak buat apa-apa pun, mula-mula mesti kenalkan nama dahulu.

"Err nama saya Hasan", terketar dia memulakan kata. Dia tahu walaupun namanya tak se'bandar' jika dibandingkan dengan "Danish","Daniel" atau "Sofi", tapi itulah nama dia. Sejurus selepas tu, lidahnya terbungkam lagi.
Si Bunga memandang dia atas ke bawah. Si Bunga kemudian bersuara: "Mmmm ada apa?".
Dia tergejut lagi. Tidak disangka Si Bunga sudah berani bertanya sedemikian, sedangkan dia baru saja nak berkenalan. "Budak town memang macam ni kot dan perempuan sekarang memang pandang pada harta", getus hatinya.
"Saya ada Proton Wira sebiji, bendang ada 5relung", dia berterus-terang.
Hilaian Si Bunga selepas mendengar jawapannya membuat dia makin buntu. Dan dia berlari tanpa henti pergi dalam kebuntuan. Dia rasa seperti mahu terjun ke dalam sungai dan bersembunyi di bawah akar pokok menerong.
Tiba-tiba dia berhenti berlari. Dia menepuk dahi. Baru dia sedar yang Si Bunga sebenarnya bertanyakan tujuan dia, DAN BUKANNYA harta yang dia miliki.
Untuk patah balik ke belakang memang mustahil, sebab dia sudah malu yang sangat.
Selamat tinggal Si Bunga, mungkin kita tiada jodoh. Penggunaan bahasa yang mempunyai 2 makna (double meaning) memang memilukan kali ini. Damn.

10 BERBICARA:

Anonymous said...

Fuh! Giler Metafora hg nyer entry ked... Metafora, sampaikan aku sndri tak faham apa yg aku faham... Hahaha...
-Artakuz-

kelisa_samudera said...

hang nak try approach ka pak ket? lain kali belajaq bagi habih dulu.

p/s : sofi tu nama moden ka? huhuhuhu

Aloy Paradoks said...

ada apa? erm manarik la citer lu ni bai..

Seorang Bukan Sasterawan said...

mesti si Bunga tu duk tersenyum atas katil malam-malam sambil guling-guling atas katil dan menekup bantal ke muka dengan menjerit sekuat-kuat hati dalam hati
"sweetnya mamat tu!"

yg_indah said...

Artakuz:cari sendiri makna dalam kamus.aku pun baru je tau maknanya;)

Kelisa:kisah ni tak jadi kat aku.Sofi tu 'bandar' la jugak compared tu hasan kan?BTW nama aku lagi 'pekan' kan?kan?

Paradoks:menarik ke?kisah benar ni,tapi bukan terjadi kat aku la.

Anonymous said...

SBS,

Hg nyer komen tu mcm hampehlah...
Tp, kelakor... Sweet lah hang ni...
Ekekeke...
-Artakuz-

kelisa_samudera said...

aku tak tau samada nak gelak atau nak bersimpati dengan mamat tu.

yg_indah said...

Artakuz: Komen hang ni buat meremang bulu roma aku, memandangkan hampa duduk serumah.jgn nal......

Kelisa: gelak & simpati,ataupun gelak kemudian baru simpati.

yg_indah said...

SBS: kalau minah tu rasa camtu pun, mau ke mamat tu tackle semula.kalau aku, aku malu bang.

*komen hang ni macam hg ada pengetahuan/pengalaman ja. guna 'tepuk bantal' ka?

Seorang Bukan Sasterawan said...

itu silapnya bebudak zaman skrg..baru usha2 pastu g tegur skali dah nak luah isi hati pastu ajak kawin...terkejut la minah tu..
kene la berkwn dulu..inciden mcm tu bgs bg memupuk persahabatan..
buat apa malu kalau nak berkenalan..
P/s:usahla tanya pada aku tentang pengalaman..aku tidak berpengalaman hhuhuhuhu..
skrg ni main tepuk amai2

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008