Yang sedang mengejar, aku tak berlari.
Yang aku kejar, dia tak berlari.
Yang baru hendak ku kejar, sudah mula mengejar yang lain.
Kaki tersadung, walau belum memula langkah.
Yang terkejar-kejar, sampai tak terlari.
Yang seharusnya dikejar, kurang dipeduli.
Aku pun sudah penat, jantung mahu pecah, kaki sudah sakit.
Aku mahu tidur di sini.
Mungkin.
10 BERBICARA:
mungkin hang patut letakkan matlamat untuk 'kekejaran' hang. mungkin terlalu banyak yang hang nak kejar sampai tak terkejar2.
mungkin.
p/s: mungkin juga Allah suka melihat hang berlari.
hahaha benda yg kejar tu (samada aku kejar atau aku dikejar) tak boleh diletakkan matlamat.ianya agak subjektif. Ya mungkin aku ditakdirkan untuk berlari, dan juga tidak berlari bila dikejar.aku pun kurang faham aku ini.
apa yg dikejar tu..awk kejar aweks ke..atau aweks kejar awk..hehehe
hahah macam-macam yg mengejar dan dikejar.salah satunya hutang PTPTN.nyesal dulu tak ambik JPN:(
kat sekolah dulu je selalu main
paradok: tu kejar-kejar seronok,sekarang kejar-kejar tak seronok.hahhahaha
kejar terus tapi jgn guna kaki. pakai keta/moto.mueheheh
PudingRoti:benda ni xleh kejar guna moto;)
akhirat pun kene kejar jugak..ekeke
kejar dan kejar..
yakinkan diri apa yang nak dikejar,
selepas pasti akan tiadanya penyesalan, kejarlah ia,
ALANG-ALANG KEJAR BIAR KE PERSIMPANGAN..
SEMPUT ATAU DAPAT...
Post a Comment