Mereka sudah punya piala. Ditayangnya piala mereka kepada aku. Kepada aku yang masih belum berpiala. Kadang-kadang mereka selitkan sinis-sinis yang mereka rasa mampu mempercepatkan aku untuk berpiala.
Bagaimana harus aku jawab kepada mereka? Mungkin mereka fikir aku sudah tidak mahu berpiala lagi. Serik. Kerana pernah terjatuh di tengah larian, dan merasa sakit sampai sekarang. Atau mereka fikir aku pelari yang hanya berlari tetapi tidak mahu berpiala.
Aku masih mahu berpiala. Cuma giliran aku untuk berpiala masih belum tiba. Aku perlu berlari lagi, menghabiskan pusingan yang telah ditetapkan untuk aku. Kerana bilangan pusingan antara kita adalah berbeza. Dan piala-piala kita juga berbeza.
Benar mereka sudah berpiala. Dan sekarang sedang berlari untuk piala kedua. Sedang aku masih berlari untuk piala yang pertama.
Bukankah lapangan-lapangan kita adalah berbeza?
Mungkin lapangan pertama mereka singkat, tetapi lapangan kedua sudah makin panjang. Mungkin lapangan pertama aku agak panjang, tetapi lapangan kedua sudah mudah dan selesa.
Bukankah selepas kesempitan itu ada kelapangan?
Kalau aku sampai di penamat nanti, aku khabarkan.
Kawan aku mimpikan Zizie Ezzette sebagai pialanya. Aku?Rozita Che Wan pun takpa;)
18 BERBICARA:
Wanita bukan piala.Ini cuma metafora.
mereka memang berbangga ketika menjulang piala. tetapi banyak yang tidak mampu mempertahankannya. banyak yang tersilap menjulang piala, akhirnya piala mereka jatuh berkecai.
bukankah mempertahankan kejuaraan itu lebih sukar dari mendapatkannya?
yg indah: untuk julang piala, ko mesti banyak training, tanpa training pasti ko akan kalah dan tiada harapan nak julang piala. Bila ko dah julang piala, pasti ko akan pening pikirkan mcamana nak jaga piala tersebut supaya sentiasa berkilat dan tidak berkarat.
KS: betul cakap hang tu, cuma kita ni dah terlebih training, t yang dapat julang piala awal tuuu...
P/S: klu tak dapat julang piala, ko target pingat atau hamper pun takpe..hahahaha
Kelisa:a'a la.tapi aku skrg xligan piala sgt la.cuma berlari anak2 ja.malas nak blari pecut dah.tapi aku rasa nanti sampai gak kan.
GM:training utk julang piala?aku kurg paham maksud 'julang' hg tu.adakah julang yg tu dimaksudkan?hahahhahahah.
Cis,stkat hamper kat pekan pun byk.
jangan julang piala salah jantina udah le
SBS:nak kena buat pemeriksaan pra perkahwinan la kalau camtu.
yg_indah : teruskan berlari anak2. ia akan sampai juga ke tempat yang dituju. anda pula tidak perlu letih.
Kelisa:hahah.hg xmau cari piala kedua?
tak payah difikirkan sangat. akan tiba masanya nanti kamu akan menjulangnya juga... tanpa berlari dengan laju atau latihan yg keras, tetapi tiba2 ia akan datang kepada kamu... insyaAllah, aku doa mudah2an begitu.
woho~~
semoga dipermudahkan jln n segala urusan (skemanyer. bt malu je) heh
jodoh urusan Allah..tak payah nak pening2 kepala fikirkannya. Sampai masanya yg_indah akan dpt juga julang piala tu..:))
p/s: tapi pening kepala juga kalau org sekeliling asyik tnya bila nak julang piala.
belum ada rezeki lagi...
lagi kau kejar, lagi ia akan lari jauh.
nafastari: ya, aku memang percaya begitu.
puding:dlm doa mmg kena skema kan?
fadzilah: senyum saja pd yg bertanya.lama2 mereka akan malas bertanya.
kejora: atau belum boleh pgg tggjawab lagi.
addy: bila kau penat baru ia akan datang bukan.
hal piala Lu ni gua tak leh campur ni.... kita bukan muhrim..
aloy:hahaha lu ada adik perempuan?kalau ada gua nak jadi adik ipar lu
rozita che'wan? mantap!
lu jadi adik ipar gua?... boleh, gua setuju..asalkan lu ada akak yang belum kawin..
Post a Comment