Husin hairan dengan Obert dan Awang. Masing-masing bertengkar melebihkan hobi masing-masing. Obert mati-matian mengatakan hobinya ada kelebihan, lagi best. Kereta lagi cun, pandu makin sedap. Awang awal-awal lagi kata memancing lagi bagus. Dapat ketenangan dan ikan, dapat orgasma berganda bila ikan kena kail.
Masing-masing tak mahu mengalah, baik Obert atau Awang. Husin makin bengang mendengar hujah Obert dan Awang. macam budak-budak.
"Hoi dengar sini, bab-bab hobi ni memang tak da sapa yang betul, tak da sapa yang salah. Tiap hobi ada kelebihan ada kekurangan. Yang minat kereta asyik mengutuk yang gila memancing, yang gila memancing asyik mencemuh yang minat kereta. Sampai bila nak habis, macam budak-budak", syarah Husin panjang. "Nama saja belajar sampai universiti, yang tu pun tak tahu nak fikir", sambung Husin lagi.
Obert dan Awang tercengang. Tak mereka sangka Husin yang sekolah sampai Tingkatan 3 boleh fikir sematang itu. Rupa-rupanya kematangan tak semestinya diajar di universiti. Dan orang yang berpelajaran pun boleh belajar sesuatu dari yang berpelajaran rendah.
Hormat Obert dan Awang pada Husin makin bertambah. Mereka tak sangka Husin lebih matang dari mereka.
Husin tiba-tiba bingkas bangun dan terus menyeluk saku mencari syiling. "Dari aku layan hangpa berdua ni baik aku pi main belangkas*, lagi baik. Untung-untung ada ong aku hari ni", kata Husin seraya pergi. "Jangan pandai-pandai nak kutuk hobi aku, sebab main belangkas memang dah hobi aku", kata Husin dari jauh sambil senyum sinis.
Obert dan Awang ditinggalkan ternganga. Hormat mereka pada Husin kembali luntur. Hari ini mereka belajar 2 perkara dengan cepat: 1) kematangan tak diajar di universiti, 2) jangan cepat agungkan orang.
*Belangkas ialah sejenis permainan judi, dimainkan dengan memusing dadu di dalam piring yang mempunyai 4 segmen. Penjudi akan meneka di mana berhentinya dadu. Dipanggil belangkas kerana salah satu segmennya mengandungi gambar belangkas.
7 BERBICARA:
hobi main belangkas lebih bagus dari modify keta. di samping dapat kenal kawan2 baru, ia juga dapat meningkatkan taraf pendapatan keluarga. tu pun kalo menang la.
boleh bagi detail lagi tak cemaner nak mula kan hobi belangkas nie?
kelisa:ya betul tu.boleh jg kenal pegawai polis,magistret,di samping kawan2 baru dalam lokap.hahahha
bias:boleh...pengerasnya 3ribu ja.
matang dalam satu hal. hal lain belum tentu matang ye tak...?
.
TM:ye betul tu....
.
.
err matang dr sudut akal kan yg dimaksudkan,bukan matang benda lain.hahahahha
Apakah itu belangkas dalam bahasa melayu umum(standard?
anon:belangkas tu dah standard la.sejenis binatang hidup di 2 alam.kalau judi yg dipanggil belangkas tu bahasa stdardnya kurg pasti la.
Post a Comment