Kadang-kadang dunia jadi seakan neraka. Dunia neraka. Yang menghidangkan kerenah-kerenah manusia pencipta kelas. Terdengar raungan sendiri menangisi nasib. Dan pertanyaan-pertanyaan kosong dari sendiri akan hikmahnya.
Tetapi bila tersua dunia neraka orang lain, dunia neraka kau jadi syurga. Dunia syurga. Atau sekurang-kurangnya dunia neraka yang ringan azabnya. Mungkin bila melihat mereka itu masih tersenyum dari dalam dunia neraka mereka dan berkata: Ini belum apa-apa.
Dunia syurga aku tiada bidadari-bidadari maha cantik, mahupun makanan enak-enak. Cuma ada satu rasa. Tak perlu banyak rasa, cukup dengan rasa yang satu itu. Dan rasa itu bukannya rasa yang dirasa ketika memegang duit tebal bersusun. Atau ketika mendengar perkataan "tuan" sebelum nama kau diucap.
Cuma aku belum kenal sungguh dunia syurga dan rasa itu. Rasa-rasanya dunia syurga ada selepas tikar dihulur ikhlas kepada mereka yang di dalam dunia neraka mereka. Untuk mereka mengalas punggung dari api dunia neraka barang sebentar. Senyum mereka itu beri kau rasa itu.
20 BERBICARA:
Aku ucap tahniah untuk Kelisa. Dia aku rasa dapat dunia syurga bila zuriatnya lahir 26.1.2010. Nanti aku susul bro;)
Yang Indah,
Hg ni sama mcm SBS, lama gler tak update blog ni...
Tp aku tak faham,
Hg laa ni sibuk dgn apa?...
Takkan malam2 sibuk dgn "meeting" kot?
Aku mmg tak faham... Hehehe...
-Artakuz-
p/s: Tahniah buat KS atas kelahiran cahaya matanya yg pertama, semoga semuanya dikurniakan kesihatan yg baik...
Artakuz:Aku dgn SBS meng'update' ikut idea.kalau idea takda mmg tak update.kalau idea ada pun tapi datang waktu sibuk, mmg tak update juga. dan juga waktu segan (malas).
neraka dan syurga dunia jauh beza nya yg kat akhirat..
a ah.. lama tak up date
wah..lama xupdate....
ain:neraka dunia pun dah rasa camni,apatah lg neraka kt sana kan?:)
Kejora:hahaha idea xda.lgpun sedang sibuk bekerja dan juga bermain Lumix LX3;)
takut nya?
akal manusia terbatas...takkan sama apa yang dibayangkan dalam imaginasi manusia biasa..
P/S: congrats KS...welcome to the club...
memang benar. kadang2 'neraka' hidup kita sebenarnya lebih bahagia dari 'syurga' orang lain. terpulang macam mana kita nak terjemahkannya sebab dunia kita hanyalah permainan.
ked,aku kagum dgn kematangan hang..
kalau hang pegang dgn dgn apa yg hang tulis ni,aku rasa hang akan dapat apa yang hang nak..
bias:bile stat keja?
GM: aku pun bayar duit yuran kelab gak.
KS:waaa dah tggi la hg punya ayat,sejak dapat anak ni.
SBS:tu waktu mood aku camtu ja.waktu lain aku masih mcm dlu.
dulu mak selalu cerita yg dlm syurga ada bidadari
puding:wah...tu ada sayap bidadari dah;)
dunia ni mmg neraka~
.
TM:dalam neraka dunia boleh berblog setiap hari lg kan.
kene tengok Legion ni,,, bertambah iman..
aloy:tambah iman?ada DVD pirate x?bg pinjam satu
yg ada cuma bidadarisakura.eh?
lalala
a'a bddarisakura yg rsa dirinya gumuk,tp aku rasa tak pun.kan?
tak ada..
Post a Comment