17.11.09

DIA MASIH BERBAJU LAMA, YANG AKU TAHU DAHULU

Aku sedikit kerisauan untuk bertemu dia. Aku bimbang dia sudah berubah. Kerana dia sudah berbaju baru. Baju yang lain dari dulu. Baju yang membolehkannya melihat RM4 ribu sebulan di dalam akaun bank. Baju yang menarik para wartawan untuk menyiarkan gambar dia di muka depan cerita mereka.
Kerana mereka yang lain banyak yang sudah berbaju baru. Dan sudah tidak mahu berbaju lama. Mungkin mereka rasa baju baru mereka lebih selesa, gah dan sesuai. Sesuai dengan poket mereka sekarang. Mereka jadi 'orang lain' yang tidak semacam aku kenal dulu.
Aku gagahi juga. Kalau dia berbaju baru nanti, dan jadi 'orang lain', aku akan terima dia juga. Kerana mungkin dia lebih selesa berbaju baru dan menjadi 'orang lain'. Mungkin aku terpaksa menukar bajuku, untuk aku boleh bertutur dengannya.
Sekarang aku sudah bertentang dengannya. Aku sentuh bajunya, untuk aku rasa fabriknya. Dan aku hidu aromanya, untuk aku kenal sifatnya. Dan aku kemukakan ujian-ujian, untuk aku kenal dan pasti baju yang dipakainya sekarang. 1 ujian, 2 ujian, ah alang-alang biar banyak ujian terus.
Dan aku rasa bajunya masih baju dulu. Baju yang dipakainya ketika aku mula-mula kenal dia. Baju yang menunjukkan asalnya dia, kudusnya dia dan putihnya dia. Baju yang berbau tanah dan bukannya langit, yang berbau akar dan bukannya pucuk. Dan orangnya masih orang yang aku kenal dulu.
Lega. Kerana itulah yang aku pandangnya, biarpun dia sudah berbaju baru.
Malam ini, aku boleh tidur lena.

13 BERBICARA:

Aloy Paradoks said...

saya pun berbaju dulu....

yg_indah said...

Aloy:hehe gua tengok kaki lu pun gua dah tau lu pakai baju dulu.lepas ni posting la gambar kaki untuk gua tengok.hahhaha

Seorang Bukan Sasterawan said...

baguslah bagi dia yang masih seperti dulu..
semoga dia akan kekal merendah diri,peramah dan tidak lupa asal-usul..

kelisa_samudera said...

siapa yang hang maksudkan? huhuhu

Selamber Rock said...

masih seperti dulu..alhamdulillah...

yg_indah said...

SBS:hg mmg paham bahasa aku.agaknya la.

KS:yg aku jumpa baru2 ni.dia bukan perempuan sebab kalau dia perempuan mesti aku dah kena tampar sebab aku dah sentuh bajunya.

Kejora:aminnnnnn...

fadzilah said...

siapakah yg org itu?
cantik tak baju barunya?

puding roti said...

mendalam sungguh

yg_indah said...

fadzilah: teman jiwa.cantik sungguh baju barunya,tapi mungkin sengsara juga memakainya.Baju baru datang dgn tggjawab.

puding:dalam?hehehe.biase biase aje.

en_me said...

tidur jerr..

cincau and other drugs said...

alhamdulillah..

Golongan Marhaen said...

lagi mahu dirisaukan tentang baju benda itu..sedangkan anda selalunya tidur tanpa berbaju,itu yang patut anda risaukan...

hafiz zainuddin said...

baju je baru. orangnya tetap lama! gudluck utk hari2 mendatang!

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008