Bagi setiap pindahmilik, duti setem perlu dibayar kepada kerajaan. Itu kira-kira 1% dari RM100,000 pertama amaun pindahmilik. Atas dasar apa, aku kurang pasti, kerajaan telah meng'halal'kan duti setem sekiranya pindahmilik berlaku di antara suami isteri. Contoh suami hibah (hadiah) rumah kepada isteri.
A (perempuan) : "Bagus la kerajaan buat macam ni. Senang la sikit suami nak bagi hadiah kat isteri. Tapi kau kena bayar la sebab kau tak punya isteri lagi".
B (lelaki) : "Jadi aku kena kahwin la kalau tak mahu bayar duti setem kes macam tu?".
A (perempuan) : "Of course la".
B (lelaki) : "Hantaran RM10K, maskahwin RM100, kenduri RM12K, cincin RM500".........................hitungnya sambil menggunakan otak Jepun (kalkulator).
Takpalah, baik aku bayar duti setem la kalau macam ni.