25.1.11

APA YANG AKU PERLU (SEKARANG) DARI SEBUAH KERETA.

1. Kebolehan untuk mencuci sendiri (ability to self-clean).


Dengan keadaan masa yang kurang mencukupi, ditambah dengan kemalasan yang kadang-kadang (baca:selalu) menjelma, faktor ini memang penting. Terutamanya bila kereta buruk (tapi berjasa) aku itu terpaksa melalui laluan yang banyak mata-mata yang mengukur status dan keelitan. Sudahlah buruk, kotor pula. Itu tutur mata & muka mereka yang aku dengar.

Bayangkan betapa dunia ini kamu yang punya jika dalam kereta kamu ada butang "self-clean". Jika ditekan, kereta yang kotor akan mencuci dirinya sendiri, tanpa perlu berkunjung ke tempat mencuci kereta yang pekerjanya tak reti berbahasa Melayu.

Mustahil?mana mungkin. Sedangkan sensor kamera digital yang terletak di tempat yang sempit itu juga sekarang ada mekanisma mencuci habuknya yang tersendiri. Mungkin kaedah cuciannya tidak seperti wiper blade, atau self vibrating.

Mungkin caranya terletak pada catnya, yang kurang mesra pada kotoran. Atau pada sistem tersendirinya, yang mencuci ketika kereta diparkir.

Tapi sebelum kaedah baru self-clean itu dicipta, petang ini masih perlu ke kedai cuci kereta automatik itu lagi. Ada jari-jari yang nakal sudah meninggalkan nota nasihat di kereta aku.

Pesannya dengan tulisan jari di kereta aku: "Jangan malas basuh kereta".

Gampang.

2. Bersambung.

15 BERBICARA:

tasekM said...

hahaha.... sapa yg buat tu....? bagus. bagus.



.

yg_indah said...

bkn ko kan kak?hahahhaha

Ju Asu Ra said...

kehkehkeh...walaupun buruk dan kotor, tapi byk berjasa tuh...sayangilah kete anda selagi dia xwat perangai..haha

kelisa_samudera said...
This comment has been removed by the author.
kelisa_samudera said...

hape daaa. takdak semangat melawan langsung. lain kali kat bawah nota jari tu hang tulih balik

"suka hati aku. ini kereta aku".

yg_indah said...

Ju:dia wat perangai pun syg lg rasanya.sbb xmmpu beli baru.

Kelisa:klu aku tulis mcm tu,aku bimbang ada yg tgkap pic keta aku, upload dlm intnet.aku kn low profile ;)

bias® said...

kalau kereta saya, dah lama saya buang dalam sungai...

yg_indah said...

bias: cissss

:)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

bagus nasihat jangan malas basuh kereta tue hehehehe

yg_indah said...

sahromnasrudin:waalaikumussalam warhmatullah.

bagus?lagi bagus kalau dia tlg basuhkan. :)

vidadarisakura said...

kakaka. baru ko tahu. neh.

Alin Marlini said...

aduh Yang Indah..aku kangan bangat sama kamu. Sudah lama tidak besua muka apatah lagi mengukir kata bersulam senyuman.

yg_indah said...

VV:hampeh ko;)

Alin:sy xpandai sulam-sulam ni.takut jarum;)

Anonymous said...

assalamu'alaikum pakked, lama x dengar cite..ape habaq?mengkala nk mai putrajaya?-alan

yg_indah said...

alan:wa'alaikumussalam.sihat saja.aku dah di ban dari putrajaya.bila hg nak mai kodiang?

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008