24.11.09

DUTI SETEM

Bagi setiap pindahmilik, duti setem perlu dibayar kepada kerajaan. Itu kira-kira 1% dari RM100,000 pertama amaun pindahmilik. Atas dasar apa, aku kurang pasti, kerajaan telah meng'halal'kan duti setem sekiranya pindahmilik berlaku di antara suami isteri. Contoh suami hibah (hadiah) rumah kepada isteri.
A (perempuan) : "Bagus la kerajaan buat macam ni. Senang la sikit suami nak bagi hadiah kat isteri. Tapi kau kena bayar la sebab kau tak punya isteri lagi".
B (lelaki) : "Jadi aku kena kahwin la kalau tak mahu bayar duti setem kes macam tu?".
A (perempuan) : "Of course la".
B (lelaki) : "Hantaran RM10K, maskahwin RM100, kenduri RM12K, cincin RM500".........................hitungnya sambil menggunakan otak Jepun (kalkulator).
Takpalah, baik aku bayar duti setem la kalau macam ni.

18 BERBICARA:

kelisa_samudera said...

hahaha. menarik betul perbandingan ni. sebab tu agaknya orang lebih suka bawak anak dara orang masuk hotel daripada pegi jumpa mak bapak dia. bayar duit hotel je dah dapat.

semoga wujud kesedaran kepada mak bapak anak2 dara supaya turunkan harga anak mereka.

Aloy Paradoks said...

ye.. baik mcm tu..

yg_indah said...

KS:anak aku nanti hantaran 5k ja.kita berbesan amacam?

Aloy:ni mesti kita sekapal kan?

fadzilah said...

patutlah skrg ramai x kawin..belanja mahal sgt..

Selamber Rock said...

duit oh duit!!

memang masalah dunia. sejak wujud dalam rahim sehingga ke liang lahad memang nak kena pakai duit..

emmmmm....

yg_indah said...

fadzilah: tu salah satu faktor la kan.haaa golongan cikgu ni yg hantaran mahal sgt.btul x?

Kejora:kan bagus pakai sistem barter;)

atbk said...

ni entry pasal duti setem ke pasal org perempuan demand??

xpaham

yg_indah said...

atbk:hehe pasal kedua2nya.mak bapak yg demand ni.

bias® said...

sel setem kena bayar jugak ke?

fadzilah said...

ckp mcm der pengalaman je...yg_indah pernah pegi meminang cikgu yg letak hantaran tinggi ke?...hahahha

yg_indah said...

bias:sel setem?apa tu?

fadzilah:xda pglaman meminang.sy teruna yg masih dara.dgr org kata je:)

en_me said...

salam aidiladha abang ygindah tewww.. ehehe

Golongan Marhaen said...

KS n Aloy: hangpa ni macam ah biasa je dengan 'hantaran hotel tu'?

yg Indah: aik, dah bercita2 nak berbesan? hang kawen dulula..buktikan dulu kemampuan hang...nak besan mcamana klu hang sendiri takde hasil...

atbk:kudusnya anta ni...

yg_indah said...

en_me:salam kembali ya aw aw:)

GM:oi oi fitnah tu.

nanti aku kawin janda kaya anak 2,kawin 3bln dah boleh berbesan dgn KS.hahahah

puding roti said...

hehe. blh berunding wak. hik2

yg_indah said...

puding:apa yg bleh berunding tu;)

Unknown said...

bayar jangan tak bayar ;)

yg_indah said...

cik epal:bak duit nak bayar;)

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008