10.12.09

SEMUANYA KERANA PUAS

Obert (nama ala Mat Salleh tapi sebenarnya Melayu) tersenyum puas. Dipandangnya tanpa jemu kereta nasional miliknya. Walaupun nasional, sudah hilang langsung ciri kenasionalannya (Sama macam Obert yang sudah hilang ciri ketimurannya).

Enjin kereta sudah diganti dengan enjin half-cut Jepun. Punya kuasa kuda yang berganda dari enjin standard. Turbo ditambah saiz, baru boleh biar kereta lain cium asap. Stering Nardi. Rim SSR. Audio Amerika. Tayar Jerman.

Obert bercadang-cadang untuk menambah sistem video pula di keretanya. Keluaran Jepun kualitinya baik kata orang. Dia tak berkira sangat tentang harga,asalkan keretanya lain dari yang lain. Bila dipandu semua orang pandang kereta Obert, dan siapa tuan yang memandu kereta.Dia punya kepuasan begitu. Itu 'ereksi'nya.

Cuma Obert hairan dengan jirannya Awang. Yang gila memancing. Ribuan RM dihamburkan untuk membeli rod dan joran. Fikir Obert lebih baik diberi wang itu kepadanya untuk dibeli aksesori kereta. Itu lebih baik dari membeli tali tangsi, joran dan mata kail yang langsung tidak boleh ditunggang, apatah lagi untuk dinaiki oleh keluarga. Dan umpan tiruan yang boleh cecah ratusan RM. Mahal macam mana pun kalau sangkut kayu di dalam tasik, ditinggalkan saja. Baik duit itu dibuat modifikasi kereta Awang yang sudah macam layak dihumban ke laut, dibuat tukun.


...........................................................***.................................................


Awang tersenyum puas di tebing tasik. Kali ini biar semua ikan-ikan di dalam Tasik Merah ini merasa. Akan kekuatan joran barunya, keanjalan tali tangsi mahal dan ketajaman mata kail titanium yang baru dibelinya.

Dia habis beribu kali ini, hanya untuk membeli barang-barang memancing teknologi terkini. Siap dengan sistem sonar untuk mengesan kedudukan ikan. Toman, patin, haruan dan arowana. Bersembunyilah di mana pun, akan Awang buru sampai tempat persembunyian.

Awang puas. Walaupun nanti dia mungkin tak mendapat langsung hasil. Awang tenang begini. Dengan memegang joran sambil menunggu kelibat ikan. Dan bila umpan disambar ikan, dia dapat satu lagi kepuasan. Dan kepuasan berganda kalau ikan berjaya dinaikkan.

Cuma Awang hairan dengan jirannya Obert yang berhabisan RM hanya untuk menambah aksesori kereta. Tambah sana, ubah sini, gosok kereta dari pagi sampai malam. Bukannya harga kereta boleh naik dengan modikasi pelbagai. Kalau nak jual kereta nanti, orang cuma tanya: Kereta tahun berapa?.
Awang kasihan jurutera Proton yang berhempas pulas uji sana sini, semata-mata untuk hasilkan kereta yang bagus, tapi bila dapat ke tangan orang seperti Obert, diubahnya sana-sini. Lebih pandai dari jurutera Proton.
Awang hairan di mana bestnya begitu. Di mana kepuasannya begitu. Lebih baik duit itu diberikan kepada Awang. Boleh Awang sewa bot pergi memancing di tengah laut. Ikan pun dapat.
......................................................***.........................................................

19 BERBICARA:

Nafastari said...

Kerana manusia itu dari latar belakang yang berbeza. Cara dibesarkan dan nilai pegangan juga berbeza. Sudut pandangnya pun berbeza.

Yg_indah aku perlukan alamat emel kamu, supaya kamu boleh terus membaca catatan di laman aku.

kelisa_samudera said...

semua orang punya minat yg berbeza. bila aku cakap aku minat doraemon semua orang gelakkan aku. tapi dah aku minat nak buat macam mana. hahaha

Golongan Marhaen said...

pandangan dan pendapat perkara yang subjektif..kalau semua orang nak kawin dengan orang yang cantik, macamna pulak dengan mereka yang tak cantik? cantik pun subjektif..ikut pandangan masing2la...

yg_indah said...

Nafastari: e-mail aku: yg_indah@yahoo.com. Pastikan aku boleh baca blog mu.

Kelisa:aku pun minat juga Doraemon.Juga Sin Chan.Pedulikan.Cuma jgn hg baca depan org yg masuk berjumpa hg dh la.

GM:Kawin la 2.Sorg cantik,sorg kurg cantik.hahahhahaha

SSI2 said...

subjektif...sebab tu ada istiqarah dalam mmbuat pilihan...

-ssi2-

tasekM said...

setiap manusia punya minat dan penilaian masing2 bukan?



:)

Selamber Rock said...

lain orang, lain ragamnya...

bias® said...

janji dia gembira.

Aloy Paradoks said...

pernah tengok?
Lembing Awang Pulang Ke Dayang

yg_indah said...

SSi: byk betul hg punya sbjektif.

TM: betul tu.dan kita menghukum di atasnya.

Kejora:susah nak jumpa yg 1 ragam kan.

bias:betul to bro.

aloy:yg versi baru tu ke?tak pernah tengok

Seorang Bukan Sasterawan said...

sekurang2nya ada sesuatu yang dilakukankan untuk merasa puas hati..
bagaimana dengan org yang tidak pernah puas hati dengan apa2 yg dilakukannya?

yg_indah said...

SBS:aku setuju dgn hg.

puding roti said...

kalau tak, takkan habis kain segudang :)

yg_indah said...

hah?sapa yg borong segudang kain tu?

Catwoman said...

Salam Tuan Rumah....

Sy dtg singgah membaca.

;)


http://zymasaad.blogspot.com/

Unknown said...

dapat ikan jerung ke?? :)

kelisa_samudera said...

updet!!

Aloy Paradoks said...

mananya? entry baru?

yg_indah said...

haha..aku makin malas

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008