Terbelenggu di antara dua tali. Satu tali mengikat apa yang di belakang. Yang mengikat usul, yang mengikat adat, yang mengikat identiti.
Yang satu lagi nun mengikat sesuatu yang di depan. Yang mungkin menjamin survival anak cucu. Yang mungkin mengubah kancil menjadi singa.
Tersekat di antara keduanya. Tak mahu terlepas tali di belakang, tapi bimbang tanpa tali yang di depan, mungkin melarat nanti.
Ditelan mati emak,diluah mati bapak. Ah mesti ada jalan lain, untuk menarik kedua tali itu. Bukankah rakan-rakan Zinadine Zidane dan Shunsuke Nakamura berjaya menarik kedua-duanya. Seharusnya aku juga seperti mereka, tapi mungkin dengan cara aku sendiri.
6 BERBICARA:
tu lah.. ZZ dgn shunsuke tu ade bakat.. sebab dorang minat
ni kalo budak2 tak minat nak belajar.. cane nak pg jauh..
shunsuke tu pung main bola ek..ooo
err mgkin kita ajar BI sambil main bola;)
metafora yang menarik!
aku rasa lebih baik kita belajar ilmu hisab dalam bahasa perisian dos komputer dan ilmu alam dalam bahasa beruk hahaha
Tapi jika kita tidak mempunyai masalah untuk menjadi apa yang kita jadi sekarang hanya dengan mengikut cara yang seadanya, mengapa perlu mencari masalah lain.
Kita bukan seperti Zinadine Zidane yang menumpang bajak di tanah orang, tetapi kita sedang menghijaukan tanah kita sendiri yang sememangnya terkenal subur.
Tidak perlu bertanam gandum dan soya di sawah kita, kita mesti tanam padi. Sebab kita makan nasi, anak cucu kita pun nanti!
tapi kadang2 aku ingin makan nasi pd tgh hari dan makan gandum pada malam
Post a Comment