Gua bosan dengan politik sekarang. Kawan gua cadangkan gua tukar nationality. Dia suruh gua apply jadi rakyat China, try kerajaan komunis pulak.
Gua dah bosan keja macam Eli Stone & Boston Legal ni, asyik nak selesai masalah lu saja. Gua ingat nak apply kerja dengan producers kat Channel Travel & Living. Gua nak jadi macam Ian Wright, macam Anthony Bourdain, Samantha Brown. Sebab leh keja makan angin selalu. Makan angin pun dapat gaji. Tapi bukan Andrew Zimmern yang makan tak kira apa tu. Kalau tak dapat, gua ingat gua nak balik keja tradisi tinggalan arwah bapak gua:penoreh getah. Tapi harga getah murah sekarang. Kansel.
Gua dah bosan orang ingat keja macam gua ni banyak duit. Lu tau tak, gua pakai keta Toyota buruk saja. Bulan-bulan pun gua survive cukup makan saja. Ni semua pengaruh TV. Serius gua cakap lu, keja ni xbest. Lu semua dah kena tipu dengan TV, serius. Gua lagi suka keja macam kawan gua, bawak lori saja, tapi boleh simpan dalam ASB RM1000 sebulan.
Gua dah bosan la asyik cakap lu gua, lu gua. Apa kata kiranya tuan hamba bagi pandangan tentang kebosanan hamba ini? Kita cakap macam Bangsawan sekarang!
6 BERBICARA:
bangsawan cakap best la, tengok bosan.
hahaha gua setuju.
hamba..adinda..beta... identiti kita tu
gua lu pun.. mane ade tempat lain ckp gua lu
tapi saja2 nak cakap segan kn;)
Kan?
Masyarakat ada persepsi bahawa kerja2 macam kamu itu sudahlah kaya, cekik darah pula...
Hamba cukup pantang kalau mereka mempertikaikan caj transport beratus-ratus?
Aduhai tidakkah mereka tahu penghantar-penghantar ini bergadai nyawa berpanas hujan kat luar tu?
Tidakkah mereka tahu kerja mereka itu dan itu sahaja?
Tidakkah mereka sedar mereka juga makan nasi yang sama dengan mereka, berkongsi pula dengan anak bini?
Siapa yang berkira sekarang?
-joe-
macamana dgn projek kambing kita..bila nak jalan ni..projek rock melon tgh untung skrg ni..
Post a Comment