6.7.09

KITA & KITA

Kita yang membina asas negeri ini, dari kosong ke satu, dari satu ke dua.
Tapi kita juga yang menakik asas itu, kononnya supaya dibuai angin .

Kita yang patut makan dari tanah ini, ada lebih baru jual.
Tapi kita juga yang menjual tanah ini, kepada Mat Salleh yang mencari rempah.

Kita yang mencantikkannya dengan jawi, tapi kita sendiri jugalah yang menggantikannya dengan rumi dari Mat Salleh pencari rempah itu.

Kita yang membuat peraturan, untuk kita jaga bangsa kita.
Tapi kita juga yang membakar buku kanun itu.

Tunku Abdul Rahman pernah berkata, yang kita jugalah akan membuang baju zirah kita dalam Perlembagaan nanti.

Usah hairan, bukankah sesuatu bangsa itu akan dirosakkan oleh bangsa itu sendiri?

3 BERBICARA:

Nafastari said...

Tulisan yang bagus! Dan sekarang saya sudah tahu siapa anda tuan punya blog ini.. Haha.. Nape la tak bagitau awal2..?

yg_indah said...

Cis...aku sbnarnya nak rahsiakan identiti aku, sbb senang aku nak tulis apa2 tanpa ada rsa segan.tapi dah hg tau xpa la...nanti kau wat 1 lg blog rahsia

Seorang Bukan Sasterawan said...

Alangkah kejinya manusia yang telah berjaya dalam hidup sekarang hasil dari asas itu,tanah ini,buku kanun itu,baju zirah ini dan berkata,
"Kami tidak mahu kelebihan itu"
"Kami mahu sama-sama rata-rata"

Agak2 adakah dia akan berjaya macam sekarang tanpa kelebihan itu?

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008