28.7.09

LUPUT (FADE)

Bibir semakin malas mengulum puntung rokok. Lidah, tekak dan paru-paru sudah tidak mesra dengan asap nikotin dan tar.
Jemari seakan berat untuk menekan kekunci, menghantar pesanan ringkas, bertanya pada yang menunggu.

Mata tidak lagi terlekat pada si kebaya yang melenggang macam itik pulang petang. Bidadari turun dari langit pulang ke kayangan kekecewaan kerana aku tidak memandangnya lagi.


Damn! I've turned old folk.

Kalau diizinkan aku memutar masa, akanku putarkan masa 5tahun kembali,walaupun ke masa kebodohanku. Nyata, ada yang indah dalam kebodohan.

8 BERBICARA:

Aloy Paradoks said...

masa lalu harus ditinggalkan...

yg_indah said...

masa telah kutinggalkan,tapi hati tertinggal :)

tasekM said...

puting rokok ke puntung rokok. hehehe...

salam ziarah.

:)


.

yg_indah said...

hahah btul la puntung.tapi puting pun leh gak kot:)

Anonymous said...

"Kalau diizinkan aku memutar masa, akanku putarkan masa 5tahun kembali,walaupun ke masa kebodohanku. Nyata, ada yang indah dalam kebodohan."

Mahukan tidak indahnya waktu itu kerana lima tahun yg dahulu, dikau masih tidak memahami letak duduknya sesuatu itu...-Artakuz

p/s: rerajinlah update blog hg ked, aku duk follow hg nyer blog, adi and si pakistani (aka nafastari)

yg_indah said...

aku kalau idea tak da takreti nak tulis.jiwa jiwang kadang2 saja mai

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

itu bukan kebodohan..itu hanya suatu interpretasi sosial semasa ketika menjalani kehidupan~

=)

yg_indah said...

zara:our interpretation to "bodoh" quite different.mine is wider i think.tq 4 the comment:)

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008