4.8.09

DIA

Akan jumpakah aku.

Dengan dia.

Dia yang lenggoknya bisa merubah aku dari seorang Shrek menjadi Johnny Depp. Dan dengan keberanian "Johnny Depp" aku mampu mendekati dia bertanyakan namanya. (sekurangnya aku rasa diri aku macam Johnny Depp waktu itu).

Dia yang senyumannya bisa mencair meluluhkan diri aku. Urat saraf jadi terbeku, neuron terhenti dan hanya mata mampu berkelip-kelip. Walaupun aku tahu, dia hanya senyum kepada kawannya.
Dia bukan Maya Karin, dia bukan Misha Omar dan dia bukan siapa. Cukuplah dia sebagai dia. Dia yang pernah hadir walau sekali.
Ahh terlalu banyak bicara tentang dia yang entah dimana. Sedangkan buku akan ditukar. Dan itu yang pasti terjadi. Moga amal yang baik di seluruh buku.
Salam nisfu Syaa'ban teman-teman.

11 BERBICARA:

Anonymous said...

dia hanya tinggal dalam mimpimu. tinggalkan kenanganmu di belakang, biar ia dipuput angin bayu.

hari ni bukalah buku yang baru. buku yang masih wangi dari segala noda.

Anonymous said...

"Dia" yg satu itu kini dalam kenangan, jadikan pedoman utk ms hadapan...

Semoga si "dia" dari masa hadapan dipertemukan dgnmu dalam masa yang terdekat, seperti sahabatku "Si monolog seorang bukan sasterawan".

-Artakuz

yg_indah said...

hahaha hg dah kena buka blog ni nal

Seorang Bukan Sasterawan said...

hahaha..nal,hang kalu bukak blog mesti best nal mcm blog ket ni..
ket,ni bicara hang tentang gadis yang satu itu kah..cukup2 lah tentang dia..kerana tak berbaloi hang bersedih duka sedang dia bergembira mengandung di sana hahaha

Aloy Paradoks said...

gua berdebar tunggu Ramadhan..

yg_indah said...

xsasterawan: kita kena hasut nal buka blog ni,sampai jadi.taklah,aku bicara ttg dia yg aku xjumpa lg,cuma.. mgkin dr sdkit sudut:)

paradoks:gua bdebar risau syawal,sbb byk nak keluar duit.hahah

Anonymous said...

hari ini bukumu sudah bertukar. pastikan helaian bukumu dicarik dengan warna pelangi. supaya nanti engkau tega dan yakin menghadap yang maha esa.

-botolkicap

ainShahajar said...

nak jugak jumpa org mcm dia tu..huhu

pedih hati... mmg lmbt nk sembuh

yg_indah said...

botolkicap:aku kira kau dari perak,ataupun BNM.Aku nak balut bukuku dgn hard cover.dan mungkin pemadam ajaib yg memadam apa yg ditulis "si sebelah kiri"

ainshahajar: pedih dah hilang,cuma suka2 mengimbau yg lalu.

Anonymous said...

andai kau punya kuasa untuk memadam si sebelah kiri, ku kirimkan salam kepada angin untuk menyatakan botolkicap inginkan pemadam yang sama.

-botolkicap

yg_indah said...

botolkicap: tak perlu kau kirim salam kepada angin, cuma kunci jam pukul 5pagi,bangun dan sujud padaNYA,itulah "pemadam" bagi yg ditulis si sebelah kiri.

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008