2.2.10

NASI LEMAK IKAN LAMPAM 1

Di negeri itu, di pekan itu ada satu masakan yang sedap. Nasi lemak yang dikukus dengan resipi dan ramuan yang rahsia. Rakyat jelata tiada kisah akan ketidaktahuan mereka itu akan resipi sebenar nasi lemak itu. Hanya yang dikisah mereka akan rasa sedap nasi itu yang mampu memboyotkan perut dan melenakan mereka setelah kekenyangan.


Mereka juga tiada kisah akan tukang masaknya seorang anak dara yang agak gempal susuknya. Mereka fikir mungkin itu hasil menghidu bau nasi lemak setiap hari. Yang dikisah mereka hanya gelaran manja yang diberikan kepada nasi lemak sedap itu. Nasi Lemak Ikan Lampam tutur mereka, kerana yang memasaknya secomel ikan lampam. Itu pada hemah mereka.


Di negeri itu, di pekan itu juga ada satu tempat yang di dalamnya ada sistem yang mereka panggil asrama. Di dalam sistem itu ada lelaki-lelaki muda yang sering kelaparan. Kelaparan dan masih kelaparan walaupun dijamu 5 kali sehari.


Arakian lelaki-lelaki muda itu sudah maklum dan kenal akan nasi lemak itu. Cuma yang menghalang mereka ialah pagar-pagar yang berpengawal upahan, dan libasan rotan dari manusia yang mereka panggil warden. Cuma jikalau antara lelaki-lelaki itu yang mendapat perkenan warden untuk keluar di atas urusan rasmi mahupun sekadar bersiaran, maka berebut-rebutlah lelaki-lelaki itu berkirim nasi lemak ikan lampam pujaan tekak dan perut mereka.
Panjang lagi ceritanya, jadi tangguh dulu.

15 BERBICARA:

Seorang Bukan Sasterawan said...

cepat ked sambungannya..aku tak dapat tangkap lagi isi pentingnya...huhuhuhu

Aloy Paradoks said...

tangguh dulu ye,, ok takpe,,, next time..

yg_indah said...

SBS:hahaha xda isi penting pun.cuma merapu saja.

Aloy:aku tiru ko la ni, buat sambungan.

vidadarisakura said...

aku memang suka cerita sambung2 ni.


paling!

grr.

kelisa_samudera said...

aku paham cerita ni. macam marantama mancongkam jugak.

Nafastari said...

buat aku rindu nasi lemak!!!

yg_indah said...

VV:aku suka kau suka;)

kelisa:yaka mcm mancongkam?tggu n lihat.anak hg apa nama?

Nafastari:hg masak la ns lemak di sana.sana pun ada kelapa kan?

fadzilah said...

nasi lemak mmg sedap..esok nak masak nasi lemak la..

Selamber Rock said...

entri ala-ala sinetron la pulak..

bias® said...

tangguh pulak dah???

tasekM said...

ni yg aku tertekan nih...



.

yg_indah said...

fadzilah:meh nak rs nasi lemak sikit.

Kejora:bukan sinetron, tapi anime.hahah.kan anime pun ada sambung2 juga.

bias:rasa malas,macam nak tgguh terus plak.

TM:tertekan berudu?

puding roti said...

nk tggu sambungan jg sbb saya lmbt phm :O

Lelaki Bersut said...

Saya tak pernah makan nasik lemak ikan lampam. Nanti boleh la abang bawak saya pi makan sana. Abang belanja.

yg_indah said...

puding:harap sabar.kemalasan tahap puncak sekarang.

ChutraPadi:sy blja, bayar guna duit u.

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008