2.11.10

LIPUTAN BANJIR

Sekarang musim banjir di sini (Perlis). Air empangan dibuka elakkan empangan pecah. Hujan turun mencurah berhari-hari. Sesetengah jalan ditutup kepada kenderaan. Kalau yang tak ditutup pun tak boleh nak lalu juga sebab air dah 'mengambil-alih' jalan. Berita-berita semasa sudah menceritakan. Mungkin ini dari sudut lain:

Banjir tetap banjir, pakaian mesti dibasuh dan disidai. Atau sidai dahulu baru banjir.

Banjir tetap banjir, bisnes mesti terus. Mungkin kedai ni jual timba, pelampung dll.

Kalau hari biasa (hari tak banjir) jangan harap la nak nampak macam ni kat atas jalan. Traktor, back-hoe (betul ejaan?) ganti teksi.

Hohohoho.
Kuari tanah tutup jadi angkut orang.
Bila jalan dah jadi sungai, pukat boleh dipasang di tengah jalan.

Siapa kata kena duduk dalam rumah sahaja, dan bersedih.
Atau boleh berkayak di atas jalanraya dan bukannya di dalam sungai.

Gambar-gambar adalah hakcipta terpelihara. Esok ada lagi. Sebab esok masih cuti.

10 BERBICARA:

kelisa_samudera said...

sisi lain banjir. kat malaysia ni time banjir dtg org seronok sebab dapat cuti. dekat luar negara time banjir semua org takut. syukur kita duduk kat malaysia. (dalam konsep banjir).

yg_indah said...

kelisa:haha ada sedih juga tu sebenarnya.cuma apa guna bersedih lama-lama.

Selamber Rock said...

dah musim banjir sekrg nih...ni perlis area mana?

~ apsal masa aku studi kat arau dulu xpernah banjir pun? huhuhu ~

puding roti said...

oh teringat lagu salim bachik. yg ala2 jmpa jodoh ms banjir. tak igt lirik plak nk nyanyi kt cini. kui kui

rmh awk banjir jgk ke? hrp semua dlm kedaan ok :)

fadzilah said...

kampung yg_indah banjir juga ke?

yg_indah said...

Ju:kangar.dulu sungai luas,skrg dah sempit sebab nak buat landasan keretapi letrik.

puding:jmpa jdoh waktu banjir?xpenah dgr pun lagu tu.rumah sy ok ja,kwsan tggi.

fadzilah:rumah sy xbanjir,air lalu je.

tasekM said...

oh! tetiba aku rindukan perlis...

rindukan pokok padi...
rindukan keretapi yg lalui siam...


.

yg_indah said...

maher zain's:nnti aku poskan pokok padi.ko penah pi siam naik keretapi ke kak?

bias® said...

jet ski takder?

yg_indah said...

bias:hohoho belum order.

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008