1.11.10

LANGIT YANG 'RUNTUH'.

Sudah dua hari berterusan langit 'runtuh'. Tiada tanda-tanda ia akan berhenti. Kalau ikut kira-kira orang tua-tua, sekarang sudah hampir musim kemarau. Tapi cuaca sekarang payah diagak. Musim kemarau pun masih boleh hujan.

Penoreh getah sepertinya, hari hujan adalah hari cuti. Hari cuti yang tidak perlu diatur oleh sesiapa. Tapi dia bosan kalau asyik hujan memanjang. Hendak tonton saluran berbayar, siaran asyik terganggu kalau hujan.

Yang boleh dibuat hanya tidur atau berangan. Tidur pun sudah puas, berangan pun sudah puas. Tapi dia baring juga, sambil memikir apa yang mahu dibelinya dengan duit yang tak banyak. Sambil telinga mendengar bunyi hujan yang menimpa atap rumahnya. Memang asyik bunyinya. Syahdu. Dan boleh bermalas-malasan di waktu hujan-hujan begini kiranya rahmat kepada dia.

Lalu dia tertanya-tanya, apa yang dibuat kawan-kawannya di pejabat mereka ketika hujan-hujan begini?

5 BERBICARA:

Selamber Rock said...

sekrg dah musim tengkujuh..

nak kemana-mana kena bwk payung..

dan kain baju payah nak kering..huhu

kelisa_samudera said...

ayah angkat aku di kuala nerang dah pindah masjid. air naik sampai rumah.

getah skang mahal. tapi sebab Allah kata rezeki banyak tu saja, getah mahal pun tak boleh gi motong.

keja pejabat tak sama dgn motong. hujan ke tak hujan keja tetap kena jalan. 'jerung' dekat atas tu tak kira hujan tak hujan. keja nak ngap harta rakyat saja.

akhir kata, lama sungguh aku tunggu entri terbaru. hampir2 aku tak sempat log in sebab ghairah nak post komen.

yg_indah said...

Ju:gunalah sabun Da_ia.boleh kering dalam hujan dan tak berbau.hahah

kelisa:aku terharu hg dok tggu entry aku.aku cuti hari ni.mahkamah tutup sebab naik air.keta aku kt pjbat tanah tak boleh keluar.

a.samad jaafar said...

penoreh getah kat kampung aku..silap2 dimakinye ujan.. getah tengah mahal yeop hihihi

yg_indah said...

a.samad:penoreh kt tempat aku maki pencuri sekerap.rm6.50 se kg sekarang kt tempat aku.gaji penoreh lebih dari gaji eksekutif.

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008