Sekarang musim banjir di sini (Perlis). Air empangan dibuka elakkan empangan pecah. Hujan turun mencurah berhari-hari. Sesetengah jalan ditutup kepada kenderaan. Kalau yang tak ditutup pun tak boleh nak lalu juga sebab air dah 'mengambil-alih' jalan. Berita-berita semasa sudah menceritakan. Mungkin ini dari sudut lain:
Banjir tetap banjir, pakaian mesti dibasuh dan disidai. Atau sidai dahulu baru banjir.
Banjir tetap banjir, bisnes mesti terus. Mungkin kedai ni jual timba, pelampung dll.
Kalau hari biasa (hari tak banjir) jangan harap la nak nampak macam ni kat atas jalan. Traktor, back-hoe (betul ejaan?) ganti teksi.
Hohohoho.

Kuari tanah tutup jadi angkut orang.

Bila jalan dah jadi sungai, pukat boleh dipasang di tengah jalan.

Siapa kata kena duduk dalam rumah sahaja, dan bersedih.

Atau boleh berkayak di atas jalanraya dan bukannya di dalam sungai.
Gambar-gambar adalah hakcipta terpelihara. Esok ada lagi. Sebab esok masih cuti.