22.5.10

PERJUANGAN: SUATU MEDIUM BAGI SETIAP SESUATU.

Remli melajukan motornya ke rumah Tapa. Cakap-cakap yang didengar di warung kopi tadi perlu diberitahu kepada Tapa dengan seberapa segera. Bukan khabar Bung yang kena hukum masuk tirai besi, atau cerita Pak Deris yang negeri ini mungkin di"gulung" pemiutang dek hutang yang bertimbun.

Dari jauh Remli sudah nampak Tapa. Ada sesuatu yang lain hari ini pada Tapa. Tapa sedang memandikan Taji, ayam sabungnya kebanggaan-kesayangannya. Tapi bukan itu yang menghairankan Remli. Remli kehairanan dengan riak wajah Tapa hari ini. Selalunya Tapa masam mukanya.

Tapi hari ini Tapa riang remaja. Jarang Tapa riang macam hari ini. Belum sempat Remli menegur Tapa, Tapa sudah terlebih dahulu menyapa Remli.

"Mana ayam hang Li?Awat tak bawak mai, boleh kita bagi mandi ka, asah susuh ka".

"Hang nak bagi aku masuk dalam lokap ka Tapa? Hang tau dak lani tengah panas. Sarjan Harun dah awal-awal warning kat orang kampung jangan laga ayam. Dia kata orang atas dia dah bagi arahan, kalau laga ayam, tangkap terus, tidoq lokap".Panjang lebar Remli mengatur kata.
Tapa memandang sinis Remli, dan kemudian tertawa kecil.
"Remli Remli. Setakat tidoq lokap 2-3 malam, denda 2-3 ribu, nak jadi apa hal! Tu namanya pengorbanan. Semua ni ialah perjuangan".
Remli makin kabur. Dalam hati, Remli mula merasakan Tapa sudah mereng otaknya.
"Hang merapu apa ni Tapa?".
Tapa ketawa kecil lagi. Ditariknya Remli mendekatinya. Dihulurkan rokok sigarit (cigarette) kepada Remli. Dicucuh rokok itu yang berada di bibir Remli.
"Li, kita sebagai penggila laga ayam mesti terus berlaga ayam, biar masuk lokap, biar kena denda beribu-ribu, biar kena lokap berbulan-bulan. Tu semua perjuangan dan pengorbanan kita. Hang tau dak perjuangan dan pengorbanan untuk apa?".
Remli menggeleng kepala perlahan-lahan tanpa disuruh.
"Tu semua pengorbanan dan perjuangan kita, nak tunjuk pada orang ramai yang kita akan terus berlaga ayam walaupun ditangkap dan dipenjara. Lama-lama depa akan mengalah dan segan* nak kacau kita. Depa akan tahu yang kita walaupun dok kena penjara pun kita dok berlaga ayam jugak. Hang tau apa akan jadi lepas tu?".
Remli sekali lagi menggeleng kepala perlahan-lahan.
"Bila dah sampai tahap tu depa akan bagi kebenaran melaga ayam. Waktu tu akan ada pusat-pusat melaga ayam yang berlesen. Orang ramai boleh berlaga ayam sambil buat pertaruhan dengan tak takut-takut lagi. Bahkan akan ada kaunter-kaunter mini untuk menerima pertaruhan di merata-rata. Hang boleh kilik ayam sabung hang ke hulu ke hilir tanpa rasa takut lagi. Semuanya yang berkaitan dengan laga ayam akan diberi kebenaran dan diiktiraf undang-undang. Hang tak mau ka macam tu?".
Remli mengangguk kepala cepat-cepat. Dan ketawa kuat-kuat pula.
*"segan" ada 2 makna dalam tutur orang utara.
-ini ialah reversed psychology.

13 BERBICARA:

Anonymous said...

Ked,

Giler ah hg olah ayat hg ttg sesuatu yg satu tu... Blh buat buku/zinne... Kita, Malaysia mmg bgtu, alah bisa tegal biasa, hangat2 taik unta...

-Artakuz-

tasekM said...

aku dulu masa kt utara. ajak kawan pi makan. dia kata segan. aku rasa nk karate je sbb pejadah nk makan pun segan. rupa2nya segan tu malas yek...?



.

yg_indah said...

artakuz:aku pulak tak paham ayat hg ni

TM:makna dia ikut pggunaan.kdg2 jd malu, kdg2 jd malas.si artakuz ni pun baru tau ja benda ni.

Anonymous said...

Ked,

Mana ada aku baru tau, sejak hari pertama kita sebilik hg dah ckp ayat tu... Dan peristiwa tu dah sedekad lamanya (selama tu juga aku tak pernah merasa pelam harum manis hg bw). Ekeke....

-Artakuz-

kelisa_samudera said...

jom kita buat gelanggang ayam sebelum terlambat. boleh gak kutip komisen nanti.

yg_indah said...

KS: amaran.gomen officer kalau kena penjara/denda akan dibuang kerja.

yg_indah said...

artakuz:harum manis dah habis musim la nal.tggu tahun depan pulak la na.

vidadarisakura said...

segan ar komen.

yg_indah said...

VV:ko segan malu ke segan malas.aku syak segan malas.

vidadarisakura said...

hahaha. ok segan malas.

puding roti said...

hoho. blaja perkataan br hr ni :)

Seorang Bukan Sasterawan said...

ok..jangan "segan" update blog..jangan asyik dengan kamera sahaja..huhuhuhu

kelisa_samudera said...

lama tak update. sibuk nak kawin ka?

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008