10.8.10

PENCULIKAN

Kebelakangan ini, ketika siang, aku di'culik' Si Kesibukan Dunia. Bersama dengan kuncu-kuncunya iaitu Si Kerenah-Kerenah Manusia (yang kau-kau tahu bagaimana). Orang kiri begini kerenahnya dan yang kanan begitu kerenahnya. Sedang kerenah kau sendiri masih tak terlayan.

Juga ada Si Cara Hidup Yang Semakin Kompleks. Kalau dulu, pakai kasut hanya pakai kasut semata. Tapi sekarang sebelum pakai kasut, kasut perlu dikilat, sarung kaki perlu ada. Dulu kahwin/nikah, cukup rukun terakadlah nikah. Sekarang mesti ada surat yang mengakui kursus sudah dihadiri (tetapi tidak memperakui ilmu asas sudah didalami).

Malamnya, aku di'lamar' Si Keletihan. Bersama kuncu-kuncunya Si Malas (a.k.a Si Segan). Acapkalinya 'lamaran' mereka aku terima. Lantaran, terjadilah 'hubungan sosial' dengan kotak gambar bergerak yang bergandingan bersama piring besar berwarna kelabu itu.
Cuma ketika ini, ada yang membayar wang tebusan aku kepada Si Kesibukan Dunia. Lalu aku dibebaskan. Dapat aku menaip kembali ayat-ayat yang susah difahami. Tapi aku yakin, nanti mereka akan men'culik' aku kembali.

17 BERBICARA:

fadzilah said...

selamat berpuasa yg_indah..moga hidup anda ceria selalu.

vidadarisakura said...

sama la ngan aku.

kelisa_samudera said...

wawawawa. aku rasa macam paham ja apa yg hang nak cakap ni. hahahaha. jgn lupa panggey aku.

yg_indah said...

fadzilah:TQ.slmt bpuasa kpd anda kembali.

VV:ko posa x hr ni?aku musykil gak ni.

kelisa:hahah btoi ka hg paham ni?salah paham kot

tasekM said...

aku nk culik ko 2 hr bulih..? he he.

.

yg_indah said...

tasek: aku rela kak.jap ye nak pi ambik baju.

yg_indah said...
This comment has been removed by the author.
Akak Kembang said...

hati kamu bila nak diculik?

yg_indah said...

Alin.errrr kan kau tahu cerita aku dgn M_y_ K_r_n itu?

Selamber Rock said...

waahh! bz bebenor yek..

salam ramadhan..

yg_indah said...

Ju Asu Ra:mgkin 50% buat2 bz. napa tukar nama?

Akak Kembang said...

Maya Karin kununnnn.....

puding roti said...

sy plg mls melipat kain. tp semalamkan sy basuh cadar ngan kain selimut. trs rs bersemnagat mahu cuci kipas

~oh sy selalu terpesong kemudian termengadu. baik, selamat berbuka puasa 4 jam lg ;p

yg_indah said...

Alin: syhh jgn bocor rahsia.

puding:hahah xtpesong pun.mana pergi ruangan komen d blog kamu?

hafiz zainuddin said...

semuanya terikat. kalau tidak itu...ini. makanya harus ridho.huhu

yg_indah said...

ridho itu sukar.ambik masa woo

vidadarisakura said...

yo

 
MENGHARAPKAN YG_INDAH © 2008